Select Menu

Ads

Paparan

Random Posts

Powered by Blogger.

Design

Technology

Circle Gallery

Shooting

Racing

News

Bottom

» » Mahasiswa Sebagai penyambung generasi Intelektual


Pembangunan dalam sistem pendidikan Negara dilihat semakin rancak dijalankan. Lebih-lebih lagi beberapa penambahbaikan dalam setiap peringkat pendidikan bermula dari sekolah rendah sehinggalah ke institusi pengajian tinggi. Konsep ‘Sekolah Kluster’, ‘Sekolah Berprestasi Tinggi’,’Sekolah Bestari’, ‘Universiti Cemerlang’ dan yang terbaru yang bakal diwujudkan Universiti Pendidikan Sosial menampakkan kejujuran kerajaan dalam mempertingkatkan mutu sistem pendidikan dalam Negara. Semua ini adalah untuk melihat kelahiran generasi pemangkin kepada kecemerlangan pengurusan Negara pada masa akan datang.

Namun, akhir-akhir ini juga, polemik politik tanah air tidak menampakkan akan adanya tanda-tanda hasrat utama pendidikan Negara itu berjaya direalisasikan. Pelajar, khususnya mahasiswa tidak kelihatan menyambut baik kemajuan pendidikan yang ada, apa lagi mahu berdiskusi serta menganalisa ruang-ruang yang ada untuk digunakan bagi mempertingkatkan lagi kefahaman mereka untuk masa hadapan. Apa yang pasti, mahasiswa kini lebih banyak beretorik dalam isu-isu politik tanah air tanpa benar-benar memahami agenda tersembunyi disebalik polemik ini. Kelibat mahasiswa dalam beberapa program yang bersifat kepartian sudah tidak boleh dinafikan lagi.Kecenderungan mereka untuk menggunapakai idea yang kabur lagi keliru terus menjadi tanda tanya. Justeru, sejauh mana mereka ini akan terus diperkuda tanpa memahami aspek perjuangan yang sebenar, yang selari dengan kedudukan mereka sebagai “Mahasiswa”.

Perbincangan yang bersifat intelektual tidak lagi dijadikan keutamaan dalam kehidupan mahasiswa. Sedangkan itulah aspek utama yang sebati dengan keupayaan mereka yakni kemampuan menghurai isu-isu yang ada pada hari ini dengan lebih matang dan terperinci sesuai dengan kedudukan mereka sebagai ‘pencari ilmu’. Soalnya, apakah sistem pendidikan yang ada pada hari ini juga menggalakkan mahasiswa untuk berwacana secara lebih terbuka meskipun didalam bilik kuliah? Apakah para pensyarah sendiri bersedia untuk bersikap lebih kritikal dalam menjalankan perbincangan-perbincangan yang berat menjangkaui bahan bacaan yang terhad?

Keupayaan belia mahasiswa pada hari ini bukan sepatutnya digunakan untuk kepentingan sesetengah individu bagi mencapai hasratnya sendiri, akan tetapi keupayaan yang ada dalam diri mahasiswa harus dijadikan momentum untuk mewujudkan suatu persaingan positif dalam arena Intelektual. Nilai kritis dan hormat yang diperkenalkan oleh Prof Wan Mohd Nor Wan Daud (CASIS, UTM) dalam menerima pakai ilmu yang diambil, seharusnya dijadikan sandaran untuk mahasiswa lebih celik dan terbuka dalam ber’intelektual’. Suka juga untuk saya kembalikan peringatan yang telah diketengahkan oleh Prof Syed Hussin al-Attas dengan idea beliau Minda Tertawan (Captive Mind) dalam suasana genting mahasiswa kini yang sudah hampir keliru dan tidak mengerti yang diri mereka sebenarnya sudah tertawan mindanya. Mahasiswa yang mindanya tertawan tiada berkeupayaan untuk bersikap kritis dan mampu melihat suatu masalah di peringkat yang lebih luas dan mendasar. Tambahan pula,Prof Syed Hussin Al-attas turut menegaskan, masalah utama yang berlaku dalam kalangan graduan hari ini adalah mereka tidak bertindak sebagaimana sepatutnya dalam masyarakat.

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan, kedaifan mahasiswa mengguna pakai semaksimum mungkin keupayaan pemikiran mereka juga adalah disebabkan oleh sumber luar yang keliru yang banyak mendokrinasi pembawakan mahasiswa. Akhir sekali, keupayaan mahasiswa selaku agen Intelektual terus menjadi tanda tanya. Sejauh manakah mahasiswa mampu berpatisipasi dalam hal-hal yang bersifat pemikiran dan falsafah ini secara kritis dan hormat? Justeru itu, keupayaan mahasiswa selaku pemangkin generasi intelektual harus dijadikan suatu kajian yang terperinci, dan kefahaman ‘intelektual’ itu sendiri tidak harus dipesongkan dengan ukuran kelulusan pendidikan semata. Yang penting, daya berfikir mahasiswa itu berlu berubah sebagaimana yang disarankan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa, “kita perlu keluar dari comfort zone untuk menjadi lebih baik”;- iaitu mencabar diri kita melakukan sesuatu yang diluar daripada kebiasaanya.

*Tulisan penuh sy sebelum diedit di Berita Harian 23 Jun 2011

Fakhrul Hazim Bin Azmi @ Hazabe al-Kelantani
Presiden Kelab Pemikir Muda,
UniKL MFI, Bangi
hazabe@gmail.com

About Sekretariat PPIK Kelantan

WePress Theme is officially developed by Templatezy Team. We published High quality Blogger Templates with Awesome Design for blogspot lovers.The very first Blogger Templates Company where you will find Responsive Design Templates.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post