Select Menu

Ads

Paparan

Random Posts

Powered by Blogger.

Design

Technology

Circle Gallery

Shooting

Racing

News

Bottom

TERUS IKUTI KAMI DENGAN ALAMAT BARU KAMI. SILA LAYARI www.ppik.my untuk mendapat maklumat terkini Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
- -
majlis makan amal persatuan pelajar islam kelantan


Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK), dengan tulus ikhlas menganjurkan Majlis Makan Amal PPIK (MMAPPIK), pada 14 April 2012 ini, bertempat di Hotel Raudah, Kota Bharu.

Dengan tema tahun ini, Jalinan Mesra, Segunung Harapan, MMAPPIK dijalankan adalah untuk mengumpulkan ahli-ahli PPIK yang lama dan baru serta badan-badan ataupun organisasi yang telah banyak menyumbang kepada PPIK. MMAPPIK juga diadakan ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada penyumbang-penyumbang disamping salah satu langkah untuk mengumpulkan dana PPIK.

Hal ini adalah penting bagi PPIK sebagai sebuah persatuan pelajar yang matang dan berkaliber di negeri Kelantan. Ia juga mampu memperkenalkan PPIK sebagai sebuah persatuan yang dinamik dan relevan dalam masyarakat di era globalisasi di negeri serambi mekah ini.

Barisan qiyadah PPIK menjemput semua pelajar yang belajar di Kelantan dan pelajar berasal dari negeri  Kelantan yang belajar di luar negeri Kelantan, untuk turut hadir bersama ke MMAPPIK yang di anjurkan ini.

Sesungguhnya sahabat-sahabat pelajar yang menyertai MMAPPIK kali ini, akan dapat mengenali PPIK dengan lebih dekat lagi, serta lebih terdedah dengan peluang berkolaborasi dengan PPIK dalam menjayakan gerak kerja islami di negeri Kelantan.

Sesungguhnya PPIK adalah antara salah satu daripada persatuan-persatuan yang wujud di Kelantan yang harus dimanfaatkan sebagai gerbang menabur bakti menyemai budi kepada rakyat negeri Kelantan tercinta. PPIK adalah persatuan yang aktif menjalankan program motivasi dan kepimpinan untuk pelajar-pelajar sekolah di negeri Kelantan. PPIK juga aktif dalam kerja khidmat masyarakat orang asli dari masa ke semasa terutamanya di waktu cuti semester di IPTA.

Kepada sesiapa yang berminat menyertai MMAPPIK kali ini, bolehlah menghubungi saya segera sebelum 10 April 2012, bagi memudahkan kerja-kerja pendaftaran dan tempahan makanan.

Dibawah adalah senarai harga yang ditetapkan mengikut status tetamu:
pelajar rm30, mahasiswa (rm35) dan bekerja (RM40)
-


Alhamdulillah pada tanggal 9 hingga 11 Febuari 2012, Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) telah dengan jayanya menganjurkan MENARA 12 di Komplek Masjid Al-Hikmah, Tanjung Mas, Pengkalan Chepa.

Program ini disertai oleh seramai 69 orang peserta dari sekolah-sekolah di sekitar Kelantan. Mereka adalah pelajar terpilih dari sekolah mereka untuk menyertai program ini.

Program kali ini yang bertema "Melestarikan Generasi Dinamik Berteraskan Islam" menjadikan Sultan Muhammad Al Fateh sebagai teladan bagi setiap peserta bagi mencapai objektif program. Hal ini kerana Ketua Jurulatih Menara 12, Mohd Faizul Afzan bin Mamat yang juga ketua Grup Al Fatih dibawah Grup Pemuda Tamadun Dunia. Pengetahuan luas beliau mengenai sejarah Al Fateh mampu mendekatkan para peserta dengan kehebatan Al-Fatih sebagai qudwatul hasanah.

Program MENARA atau juga dikenali sebagai PMG adalah anjuran bersama PPIK, Angkatan Belia Islam Malaysia Kelantan (ABIM Kelantan) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).Untuk pengetahuan semua Perkampungan Menara Gading Peringkat Kebangsaan (PMGK) akan dianjurkan oleh PKPIM sekitar bulan April dan Mei ini. PMGK ini akan mengumpulkan peserta-peserta PMG peringkat negeri.




- -


Pemuda dalam konteks pengertian yang dibawa oleh ahli psikologi adalah satu kelompok manusia yang berada dipertengahan di antara kelompok manusia yang dianggap baru lahir akal yang cetek , lemah dalam pemikiran yang hanya peka terhadap suasana dan objek yang berada di sekelilingnya sahaja dan di antara satu kelompok manusia yang tua dan berumur . Lebih tepat lagi , satu tahap yang sudah mengatasi zaman kanak-kanak , yang mana ia mempunyai ciri-ciri kemampuan dan keupayaan seorang lelaki tulen ataupun ciri-ciri kewanitaan yang lengkap.

Mahasiswa dikaitkan dengan golongan anak muda berumur dalam lingkungan 20-an yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi di dalam atau di luar Negara. Gelaran Maha kepada penuntut pengajian tinggi ini sudah melambangkan martabat mereka diangkat melepasi tahap pelajar-pelajar di sekolah dan ia juga melambangkan golongan yang mempunyai daya intelek yang tinggi serta melayakkan untuk berfikir dan berkongsi buah fikiran mereka. Golongan ini tidak dinafikan akan membuat tindakan dengan emosi serta semangat yang membara dan suka akan cabaran.

Sejarah telah membuktikan berperanan golongan Mahasiswa dalam pembentukan sosio Negara yang meletakkan diri mereka sebagai pembela dan juga kekuatan lain yang tidak meletakkan diri mereka dengan mana-mana pihak terutama parti politik tidak kira kerajaan & juga pembangkang.

Kita menyorot kembali peranan mahasiswa dalam memperjuangankan hak sehingga ada yang terkorban demi perjuangan yang mereka bawa, seperti Gerakan Mahasiswa di Afrika Selatan pada penghujung 1960-an yang menentang rejim apartheid. Gerakan ini dipimpin oleh Stephen Biko sehinggakan beliau dibuang dari pengajiannya ekoran pembabitan dengan aktiviti perjuangan.

Begitu juga di Ethiopia pada 1974, kelompok mahasiswa bangkit menentang Hiele Selassie yang gagal mengatasi masalah pengangguran, kemunduran, Pengagihan hasil ekonomi yang tidak adil, inflasi dan kebuluran.

Di Amerika Syarikat sekitar tahun 1959, siri demonstrasi anti perang digerakkan oleh Mahasiswa ekoran pembabitan AS dalam perang Vietnam dan kemudian pada 2003 dalam isu serangan di Iraq.
Manakala di Indonesia iaitu dalam peristiwa Medan Tianamen, kebangkitan mahasiswa pada bulan Mei 1998 menentang pemerintahan Presiden Suharto yang memerintah secara autokratif dan mengamalkan kronisme sehinggakan beliau meletakkan jawatan diatas desakan mahasiswa Indonesia pada ketika itu.

Di Malaysia juga turut menerima tempias perkambangan gerakan Mahasiswa yang terlibat dalam beberapa isu seperti anti tunku, autonomi Universiti, telok gong & baling sekitar 1970an yang digerakkan oleh beberapa pimpinan mahasiswa ketika itu termasuk Anwar Ibrahim yang memimpin PKPIM , Idris Jauzi yang merupakan Presiden PKPM (yang telah diharamkan), Ibrahim Ali, Anuar Tahir, Kamaruddin Mohd Nor serta beberapa tokoh lain. Namun selepas Perlaksanaan AUKU kegiatan mahasiswa menjadi tidak agrasif.

Mahasiswa amat berpotensi untuk menjadi kuasa ketiga atau “The 3rd Force” tetapi harus mempunyai prinsip yang jelas iaitu satunya harus bersifat “independant” yang tidak berpihak dengan mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan seperti parti politik agar mereka mempunyai ruang yang luas untuk beraksi dan bersuara.

Kedua mereka harus merujuk kepada ahli akademik dalam menentukan tindakan dalam sesuatu isu agar pergerakkan jelas dan tidak menghentam semporono tanpa ada panduan dan maklumat yang tepat dan berdemonstrasi harus dijadikan pendekatan terkahir dalam menyatakan tuntutan yang sebelumnya digerakkan melalui seminar, perbincangan dan debat.

Namun mesti ada yang tertanya, bagaimana pula AUKU? Jawapannya, AUKU tidak menghalang mahasiswa untuk berdiskusi, berwacana ,berbincang & berdebat dengan pihak berkenaan dalam isu yang dingin diketengahkan. Jika tiada penyelesaikan, pendekatan terakhir ini harus menunjukkan taring sebenar sokongan ramai iaitu demonstrasi dengan alasan pendekatan secara diplomasi sudah dilaksanakan dan siapa berani halang jika suara ramai mula bangkit untuk menyatakan pendirian yang sama?

Akhirnya, masyarakat , kerajaan dan parti politik akan merasakan adanya pengaruh lain yang akan membela, memperjuangankan hak rakyat dan mereka yang tertindas dalam masa yang sama menjadi pemerhati & penegur kepada kedua kuasa politik dalam Negara ini.

MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Timbalan Yang Di-Pertua

Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK)

+60132008063
Syah5487@yahoo.com.my

-


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.