Select Menu

Ads

Paparan

Random Posts

Powered by Blogger.

Design

Technology

Circle Gallery

Shooting

Racing

News

Bottom

» »Unlabelled » KONVENSYEN PELAJAR ISLAM KELANTAN

Pada 18 Jun yang lepas, Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) telah menjayakan Konvensyen Pelajar Islam Kelantan kali ke-11 (KPIK’11) yang disertai oleh 65 orang pimpinan pelajar di sekolah seluruh Kelantan, bertempat di Dewan Utama Kompleks Masjid Al-Hikmah, Tanjung Mas. Program ini dijayakan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Kelantan (PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Kelantan.

Dengan tema “Pelajar Dinamik Menjana Generasi Madani” , PPIK menganjurkan KPIK atas hasrat untuk mengumpul para pelajar dari seluruh negeri Kelantan sebagai satu medan pertemuan yang membolehkan mereka bertukar pendapat dan mendapat kefahaman dan kesedaran tentang peranan sebagai pelajar dalam pembentukan masyarakat yang berkualiti. PPIK juga percaya bahawa program sebegini mampu menanamkan sifat-sifat kepimpinan dalam diri generasi Pelajar Islam setelah menyedari harapan tinggi ummah terhadap mereka sebagai pewaris kepimpinan di masa hadapan.

Konvensyen yang dirasmikan pembukaannya oleh Saudara Mohd Khairul Ridhuan Addha bin Akhiar, Naib Presiden Kebangsaan PKPIM ini, dimulakan dengan pembentangan kertas kerja oleh En. Najmuddin Mohd Nawi , Setiausaha Agung Kelab Generasi Penjejak Tamadun Dunia (GPTD). Pembentangan ini berkisar tentang Resipi Kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh membuka Kota Konstantinopel yang dihuraikan bersesuaian dengan tema Konvensyen.

Konvensyen ini juga menampilkan barisan pelajar cemerlang 2010 negeri Kelantan dalam peperiksaan SPM dan STPM di dalam sesi Forum Personaliti Pelajar. Forum ini merungkaikan pelbagai persoalan yang membabitkan kualiti yang harus dimiliki untuk mencapai kecemerlangan. Forum ini secara tidak langsung menanam motivasi dalam setiap peserta untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik



Konvensyen ini diserikan dengan kehadiran, YB Abdul Latiff bin Abdul Rahman yang menyempurnakan perasmian penutup konvensyen dan penyampaian anugerah kepada pelajar cemerlang SPM, STAM dan STPM negeri Kelantan.

KPIK haruslah dilihat sebagai satu saluran anak Kelantan yang bergelar mahasiswa menyumbangkan jasa kepada tanah tumpah darah mereka. Semoga hasrat yang ingin dicapai akan terlaksana dengan jayanya.

About Sekretariat PPIK Kelantan

WePress Theme is officially developed by Templatezy Team. We published High quality Blogger Templates with Awesome Design for blogspot lovers.The very first Blogger Templates Company where you will find Responsive Design Templates.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post