Select Menu

Ads

Paparan

Random Posts

Powered by Blogger.

Design

Technology

Circle Gallery

Shooting

Racing

News

Bottom

» » Alkitab: PKIPM tidak bantah terjemahan tapi perlu elak konflik umum


www.themalaysiainsider.com

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengulangi pendiriannya dengan menggesa 35,000 Alkitab dalam Bahasa Malaysia ditarik balik dan dibekukan pengedaran kerana terdapat unsur subjudis ekoran beberapa perkara masih dalam proses perundangan khususnya berkaitan kalimah Allah.

Bagaimanapun, PKPIM secara dasar berkata ia tidak menolak usaha menterjemahkannya dalam apa sahaja bahasa untuk lebih difahami penganut agama tersebut.

Sehubungan itu Setiausaha Agungnya Abu Qassim Nor Azmi berkata, isunya ialah penterjemahan tersebut harus dibuat dengan tepat, benar dan ikhlas serta menuruti peraturan dan undang-undang setempat bagi mengelak konflik umum.

“Hal ini selaras dengan prinsip Islam yang tidak menghalang penganut agama lain untuk mendalami agama mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Baca seterusnya...


Beliau berkata PKPIM mengajak semua pihak terutamanya umat Islam agar melihat isu ini dari sudut lebih luas.



“Apakah yang akan terjadi sekiranya Barat mengharamkan penterjemahan al-Quran dalam Bahasa Inggeris, Perancis dan lain-lain bahasa yang menjadi medium umat Islam di sana untuk mendalami al-Quran?

“Bagaimanakah nanti bagi Yvonne Ridley dan Cat Stevens untuk terus mendalami al-Quran dan mendakwahkannya kepada masyarakat Barat yang lain?” kata beliau dalam satu kenyataan mengulas keputusan Putrajaya membenarkan 35,100 naskhah Alkitab dilepaskan daripada tahanan Kementerian Dalam Negeri.

Justeru, kata Abu Qassim, umat Islam perlu berusaha mempertingkatkan kefahaman berkenaan ajaran Islam agar lebih bersedia untuk berhadapan konflik agama yang semakin kompleks ini.

“Hanya dengan akidah yang mantap, ilmu yang benar, dan inspirasi nilai hikmah dapat mempertajam dan memperluas skop dakwah kita.

“Kita tidak harus selama-lamanya berselindung di sebalik undang-undang yang boleh pada bila-bila masa terpinda,” katanya.

Oleh itu, kata beliau, semua pihak termasuk ibu bapa, ustaz dan ustazah, pihak sekolah, pentadbir agama, dan penggerak NGO harus lebih bersungguh dan fokus kepada usaha meningkatkan kesedaran, merakyatkan kefahaman dan mendidik penjiwaan agama dalam diri setiap umat Islam.

“Meskipun begitu, PKPIM menyeru semua pihak agar akur dengan peruntukan Perlembagaan dan undang-undang negara demi menjaga keamanan dan kesejahteraan umum.

“Enakmen kawalan serta lain-lain peraturan yang terlibat harus dihormati,” katanya.

Malah kata beliau, PKPIM juga komited bahawa konsolidasi agamawan berwibawa harus diberikan ruang yang secukupnya untuk mengendurkan ketegangan dan menguraikan kekeliruan terhadap isu ini.

“Dialog dan wacana bagi meningkatkan kefahaman antara agama perlu diperbanyakkan. “Kita perlu serius dalam melahirkan penganut yang yakin pada agamanya serta menghormati keyakinan agama penganut selain mereka,” katanya lagi

www.pkpim.net

About Sekretariat PPIK Kelantan

WePress Theme is officially developed by Templatezy Team. We published High quality Blogger Templates with Awesome Design for blogspot lovers.The very first Blogger Templates Company where you will find Responsive Design Templates.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post