Persatuan Pelajar Islam
Kelantan (PPIK) merujuk kepada hasrat
kerajaan Negeri Kelantan yang ingin melaksanakan sistem berteraskan Hudud di
Kelantan adalah suatu langkah yang baik dan pihak kami mewakili suara pelajar-Mahasiswa
Islam di Kelantan menyambut baik hasrat tersebut.
Perlaksanaan Hudud merupakan satu tuntutan syariat dan aqidah
bagi umat Islam. Perintah perlaksanaan Hudud adalah bersifat qati’e atau mutlak
iaitu kewajipan yang mesti dilaksanakan yang harus diterima oleh umat Islam negeri
ini.
Pihak kami yakin Hudud boleh
di laksanakan di Kelantan atas sebab majoriti masyarakat di negeri ini adalah
beragama Islam dan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukuman
Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993
hanya tinggal untuk digerakkan sahaja dengan kelulusan kerajaan pusat.
Namun demikian pendidikan
serta penerangan mengenai Hudud harus dibuat secara konsisten kepada masyarakat
terutama kepada yang bukan Islam, agar masyarakat dapat menerima perlaksanaan ini
dengan berteraskan ilmiyyah, bukan sekadar sokongan politik semata-mata.
PPIK mengecam tindakan pihak
yang mempolitikkan isu Hudud ini demi kepentingan politik mereka dengan
mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menggambarkan hukuman ini zalim dan tidak
adil yang turut dimomokkan kepada orang bukan Islam. Sedangkan perlaksanaan Hudud
ini hanya melibatkan orang Islam dan yang bukan Islam boleh diberikan
alternatif lain, sebagaimana kisah pasangan orang Yahudi yang telah berzina
dihadapkan kepada Rasulullah SAW dan baginda merujuk kepada kitab mereka iaitu
Taurat dan didapati dalam kitab itu juga menyatakan hukuman bagi penzina adalah
rejam. Ini adalah kenyataan atau gambaran perlaksaan Hudud kepada bukan Islam
dan pihak kami amat kesal dengan orang Islam yang lebih mementingkan kedudukan
politiknya dengan memburuk-burukan agamanya sendiri.
Pihak kami juga yakin bahawa
perlaksanaan Hudud ini menjadi satu pendekatan baru dalam menangani kes-kes dan
gejala sosial yang berlaku di Kelantan. Ini boleh dijadikan kajian (Eksperimen)
bagi membuktikan sejauh mana kesan perlaksanaan hukuman ini yang akan dirujuk
oleh negeri-negeri lain dan seterusnya ke peringkat negara.
Akhir sekali pihak kami menegaskan
bahawa Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) merupakan sebuah badan bukan
kerajaan (NGO) yang berteraskan keIslaman dan pendidikan serta mewakili suara
pelajar-Mahasiswa di Kelantan yang tidak
mempunyai pertalian dengan mana-mana parti Politik, mendesak agar pihak
kerajaan pusat yang diterajui YAB
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Bin Tun Razak agama membenarkan Hudud
ini di laksanakan di Negeri Kelantan.
Kota Bharu, 11
Oktober 2011/12 Zulkaedah 1432H.
Sekian,
“HIDUP BIAR BERJASA”
MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Timbalan Yang Dipertua
Persatuan Pelajar Islam
Kelantan (PPIK)
syah5487@gmail.com
http://badrulhaq.blogspot.com
syah5487@gmail.com
http://badrulhaq.blogspot.com
PUSAT KEGIATAN PELAJAR,
Persatuan Pelajar Islam
Kelantan (PPIK)
2864-A,Tkt3, Wisma Al-Hikmah,
Tanjong Mas,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
Tel: 609-771 4373 / 4371
Fax: 609-771 4372
Emel : ppik.kelantan@gmail.com
Laman sosial: www.facebook.com/pelajarkelantan
Laman Web :
www.ppik-kelantan.blogspot.com
Berita - Berita Terkini - Paparan
Pembangunan dalam sistem pendidikan Negara dilihat semakin rancak dijalankan. Lebih-lebih lagi beberapa penambahbaikan dalam setiap peringkat pendidikan bermula dari sekolah rendah sehinggalah ke institusi pengajian tinggi. Konsep ‘Sekolah Kluster’, ‘Sekolah Berprestasi Tinggi’,’Sekolah Bestari’, ‘Universiti Cemerlang’ dan yang terbaru yang bakal diwujudkan Universiti Pendidikan Sosial menampakkan kejujuran kerajaan dalam mempertingkatkan mutu sistem pendidikan dalam Negara. Semua ini adalah untuk melihat kelahiran generasi pemangkin kepada kecemerlangan pengurusan Negara pada masa akan datang.
Namun, akhir-akhir ini juga, polemik politik tanah air tidak menampakkan akan adanya tanda-tanda hasrat utama pendidikan Negara itu berjaya direalisasikan. Pelajar, khususnya mahasiswa tidak kelihatan menyambut baik kemajuan pendidikan yang ada, apa lagi mahu berdiskusi serta menganalisa ruang-ruang yang ada untuk digunakan bagi mempertingkatkan lagi kefahaman mereka untuk masa hadapan. Apa yang pasti, mahasiswa kini lebih banyak beretorik dalam isu-isu politik tanah air tanpa benar-benar memahami agenda tersembunyi disebalik polemik ini. Kelibat mahasiswa dalam beberapa program yang bersifat kepartian sudah tidak boleh dinafikan lagi.Kecenderungan mereka untuk menggunapakai idea yang kabur lagi keliru terus menjadi tanda tanya. Justeru, sejauh mana mereka ini akan terus diperkuda tanpa memahami aspek perjuangan yang sebenar, yang selari dengan kedudukan mereka sebagai “Mahasiswa”.
Perbincangan yang bersifat intelektual tidak lagi dijadikan keutamaan dalam kehidupan mahasiswa. Sedangkan itulah aspek utama yang sebati dengan keupayaan mereka yakni kemampuan menghurai isu-isu yang ada pada hari ini dengan lebih matang dan terperinci sesuai dengan kedudukan mereka sebagai ‘pencari ilmu’. Soalnya, apakah sistem pendidikan yang ada pada hari ini juga menggalakkan mahasiswa untuk berwacana secara lebih terbuka meskipun didalam bilik kuliah? Apakah para pensyarah sendiri bersedia untuk bersikap lebih kritikal dalam menjalankan perbincangan-perbincangan yang berat menjangkaui bahan bacaan yang terhad?
Keupayaan belia mahasiswa pada hari ini bukan sepatutnya digunakan untuk kepentingan sesetengah individu bagi mencapai hasratnya sendiri, akan tetapi keupayaan yang ada dalam diri mahasiswa harus dijadikan momentum untuk mewujudkan suatu persaingan positif dalam arena Intelektual. Nilai kritis dan hormat yang diperkenalkan oleh Prof Wan Mohd Nor Wan Daud (CASIS, UTM) dalam menerima pakai ilmu yang diambil, seharusnya dijadikan sandaran untuk mahasiswa lebih celik dan terbuka dalam ber’intelektual’. Suka juga untuk saya kembalikan peringatan yang telah diketengahkan oleh Prof Syed Hussin al-Attas dengan idea beliau Minda Tertawan (Captive Mind) dalam suasana genting mahasiswa kini yang sudah hampir keliru dan tidak mengerti yang diri mereka sebenarnya sudah tertawan mindanya. Mahasiswa yang mindanya tertawan tiada berkeupayaan untuk bersikap kritis dan mampu melihat suatu masalah di peringkat yang lebih luas dan mendasar. Tambahan pula,Prof Syed Hussin Al-attas turut menegaskan, masalah utama yang berlaku dalam kalangan graduan hari ini adalah mereka tidak bertindak sebagaimana sepatutnya dalam masyarakat.
Walaubagaimanapun, tidak dinafikan, kedaifan mahasiswa mengguna pakai semaksimum mungkin keupayaan pemikiran mereka juga adalah disebabkan oleh sumber luar yang keliru yang banyak mendokrinasi pembawakan mahasiswa. Akhir sekali, keupayaan mahasiswa selaku agen Intelektual terus menjadi tanda tanya. Sejauh manakah mahasiswa mampu berpatisipasi dalam hal-hal yang bersifat pemikiran dan falsafah ini secara kritis dan hormat? Justeru itu, keupayaan mahasiswa selaku pemangkin generasi intelektual harus dijadikan suatu kajian yang terperinci, dan kefahaman ‘intelektual’ itu sendiri tidak harus dipesongkan dengan ukuran kelulusan pendidikan semata. Yang penting, daya berfikir mahasiswa itu berlu berubah sebagaimana yang disarankan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa, “kita perlu keluar dari comfort zone untuk menjadi lebih baik”;- iaitu mencabar diri kita melakukan sesuatu yang diluar daripada kebiasaanya.
*Tulisan penuh sy sebelum diedit di Berita Harian 23 Jun 2011
Fakhrul Hazim Bin Azmi @ Hazabe al-Kelantani
Presiden Kelab Pemikir Muda,
UniKL MFI, Bangi
hazabe@gmail.com
Gerakkan Massa
Saban waktu slogan taadud jemaah ini sudah lama dilupakan, kini ianya muncul kembali. Keupayaan dan wibawa para daie muda semakin terus dipersoalkan pada masa kini. Perebutan ahli sudah menjadi perkara biasa, tidak cukup dengan karenah memburukkan jemaah yang lain, ditambah pula dengan fitnah yang tiada sempadan yang dilontarkan. Apakah ini rupa sebenar jemaah Islam yang ada. Sebelum saya meneruskan penulisan, elok sangat sy terangkan terlebih dahulu, apa yang dimaksudkan dengan jemaah disini.
Jemaah yang dimaksudkan bukanlah dari sudut hakikat jamak kepada seluruh golongan muslim, TETAPI ia adalah suatu kumpulan manusia dan bersama-sama memperjuangkan agama menerusi wasilah dan metod yang diguna pakai dalam jemaah masing-masing. Dalam erti kata lain, jemaah yang ada adalah himpunan rasa kebersamaan dengan suatu entiti atau fikrah yang telah dibentuk (dalam konteks malaysia). Jadi apakah yang menjadi masalahnya disini?
Yang menjadi masalah bukanlah pada metod yang digunakan tetapi pada akhlak dan pemahaman seseorang dalam dunia Islam. Seringkali usrah-usrah yang ada, membincangkan pada kepentingan berjemaah. Tetapi sgt sedikit pula usrah-usrah yang membincangkan kepentingan peri penting pandangan alam islam (worldview of Islam), paham Ilmu, paham Keadilan dan sebagainya. Kenapa sedemikian naifnya jemaah yang ada pada hari ini? Adakah yang lebih utama dalam pembinaan negara bangsa itu bermula dengan pembentukan warganegara yang sempurna? Bagaimana pula dengan aspek pembinaan manusia yang sempurna?
Terbayang saya suatu hakikat sebuah jemaah yang suatu ketika dahulu penuh dengan nilai-nilai budaya ilmu, tetapi kini, hanyut diibawa oleh pemikiran politik sekular liberal yang telah menenggelamkan entiti utamanya selaku sebuah badan dakwah. Bukan hanya satu dua jemaah sahaja, boleh dikatakan hampir semua jemaah yang ada tidak lagi berada di dalam landasan perjuangan yang ilmiah, tetapi lebih kepada perjuangan semangat. Buktinya, kesinambungan para daie yang dibentuk pada peringkat sekolah, sehingga ke peringkat universiti terus hilang dan semakin kurang kualiti dalam menangani isu-isu semasa yang Intelektual. Jadi adakah dakwah yang dibawa itu semakin hilang fokus?
Jelas sekali slogan dakwah yang dibawa pada hari ini semakin hilang substancenya, yang ada hanya rupa zahir yang cantik yang akan pudar ditelan usia zaman. Tanpa kefahaman ilmu yang mantap, dan juga penafian pada keutamaan berguru telah menyebabkan arus dakwah yang ada pada hari ini semakin buta tanpa mengenali siapakah lawan dan siapakah kawan. Pembinaan negara Islam atau pun masyarakat Islam atau biah solehah bukan dengan pendekatan yang bersifat cebisan atau permukaan (surface) tetapi ianya memerlukan penglibatan ahli intelektual dan alim ulama dengan memberikan lebih banyak ruang-ruang wacana yang kritis kepada para daie muda atau para mahasiswa dan pelajar.
Berdakwah dengan substace tanpa metod adalah jumud dan beku, malah ia akan hanya membuahkan pengulangan.; ianya penting dalam hal-hal yang bersifat ritual seperti dalam ibadat puasa, haji dsb tetapi melemahkan dalam hal ehwal keilmuan. sosio-ekonomi, politik dsb.
Namun berdakwah dengan metod tanpa substance yang memadai akan merosakkan. Jika suatu gerakan dakwah boleh dikatakan sbg satu metod, yang berjuang habis-habisan untuk merealisasikan cita-cita gerakanya tanpa konsepsi Islam yang benar, maka kerosakan yang diakibatkan akan melebihi kemungkinan kebaikan yang diimpikan.
Metod tanpa substance yang memadai akan membuahkan fanatisme, fanatisme menghasilkan kezaliman.
Terus, apakah pilihan kita? Terus saja menyalahkan jemaah yang ada, lalu meninggalkan mereka. Atau mencari suatu alternatif untuk berwacana membuat perubahan secara lebih objektif dan bersedia melakukan perubahan.
Semoga Jemaah yang ada dapat bermuhasabah kembali, dan terus kembali kepada perjuangan murni kalian dalam memperjuankan agama Allah. Sumber epistimologi adalah suatu yang tidak boleh tidak harus dijadikan persoalan induk pada aspek perubahan yang dibahaskan disini.
Nukilan diatas adalah adaptasi daripada kertas kerja Prof Wan Mohd Nor Wan Daud, "Beberapa Maslah dan Cabaran Intelegensia Muslim Malaysia Kini ! Satu Analisa Untuk Tindakan"
Fakhrul Hazim Bin Azmi @ Hazabe al-Kelantani
Presiden Kelab Pemikir Muda,
UniKL MFI, Bangi
hazabe@gmail.com
Ruangan Tarbiyyah
Konvoi Raya Aidilfitri PPIK telah di adakan pada 2 September iaitu pada hari raya ke 4 yang disertai seramai 27orang termasuk 13 pimpinan. Konvoi ini akan bergerak ke 3buah rumah iaitu Ustaz Faisal (YDP ABIM Kelantan), Encik Wan Azman (Pengerusi WADAH Kelantan) & Cikgu Kamaruzzaman Kutty (Mantan YDP PPIK lepas).
Tujuan program sebegini diadakan bagi menekankan konsep keilmuan & ukhuwwan iaitu rumah-rumah yang diziarahi ini adalah dari kalangan orang lama yang banyak pengalaman dalam kepimpinan yang boleh dikongsikan kepada generasi muda.
Para peserta berkumpul di perkarangan masjid Telipot,Kota Bharu dan dimulakan dengan rumah YDP ABIM Kelantan yang berhampiran dengan masjid tersebut. Kemudiannya peserta bergerak secara konvoi ke rumah kedua iaitu rumag Pengerusi WADAH Kelantan di Baung Bayam dan terkahir ke rumah mantan YDP PPIK lepas yang berhampiran dengan sekretariat ABIM-PPIK.
Dirumah YDP ABIM Kelantan

Dirumah Pengerusi WADAH Kelantan

Dirumah Mantan YDP PPIK


Berita - Berita Terkini - Paparan
Assalamualaikum wbrkth,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Alhamdulillah, Segala puji dan syukur kepada Allah, Tuhan sekalian alam di atas segala nikmat dan rahmat yang telah dianugerahkan kepada kita selaku para hambaNya. Tasbih, tahmid dan istighfar kita ucapkan bagi menyucikan segala dosa,noda dan kekurangan diri kita yang tidak pernah lekang dari kecuaian.
Selawat dan salam kita lafazkan khusus untuk junjungan besar kita, Nabi Muhammad sallallhu alaihi wasallam, Nabiyyul Rahmah, petunjuk kepada mereka yang rindukan hidayah, inginkansalamah,juga berkat di dunia dan akhirat, keluarga baginda al-itrul Mutohharah dan kepada para sahabat baginda keseluruhannya serta mereka yang mengikuti susur jalur perjuangan baginda yang penuh bersejarah tanpa penat dan lelah sehingga tibanya al-Qiyamah.
Alhamdulillah, sekali lagi kita semua diberi kesempatan untuk beribadat dibulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan sehingga ke penghujungnya dan Alhamdulillah, dapat kita menyambut Syawal sebagai tanda kejayaan kita setelah sebulan kita ditarbiyyah di madrasah Ramadhan.
Mewakili Saff kepimpinan Persatuan Pelajar Islam Kelantan, Kami mengucapkan Salam Aidilfitri, Salam Lebaran dan Salam perjuangan, maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam tidak kira dimana sahaja. Semoga kehadiran Syawal kali ini membawa sejuta makna kepada kita semua. Dikesempatan ini juga PPIK mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua diatas sumbangan dan kerjasama yang dihulurkan kepada PPIK dalam menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan.
Nur Ramadhan yang membawa sejuta makna dan sejuta barakah akan melabuhkan tirainya dengan penuh kesayuan dan kesedihan kerana kita belum tentu dapat bertemu dengan Nur Ramadhan pada tahun mendatang. Semoga kita semua dapat lagi bertemu dengan Ramadhan mendatang. Namun, perginya Ramadhan di ganti dan disusuli dengan keindahan Syawal sebagai tanda kemenangan kepada kita semua setelah kita di tarbiyyah selama sebulan di yang penuh kemuliaan.
Kehadiran Syawal ini sama-samalah kita hayati, kita fahami. Kita selami disebalik maknanya yang penuh indah. Janganlah dengan kehadiran Syawal ini menjadi medan kurang baik, tetapi jadilah ia sebagai medan terbaik untuk kita setelah kita ditarbiyyah di madrasah Ramadhan yang penuh barakah. Semoga segala gerak kerja kita akan menjadi lebih mantap lagi dan lebih baik dari sebelum ini.
Akhir sekali, semoga kita semua terus istiqamah dalam perjuangan dan gerakan dakwah. Setiap teguran dan bantuan dari semua pihak amatlah diharapkan. Semoga usaha kita yang tidak seberapa ini diberkati dan mendapat keredhaanNya. Bersamalah kita meningkatkan usaha kita kearah menjadikan kita generasi yang mampu membangunkan masyarakat kearah yang lebih baik.
Allahu Akbar..Allahu Akbar.. Allahu Akbar.
Hidup Biar berjasa.
Sekian terima Kasih
Abdullah b. Muhamad Nawi
YangDiPertua
Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
Abdullah Muhamad Nawi - Berita - Berita Terkini - Bicara Pimpinan - Paparan
Subscribe to:
Posts (Atom)




