Select Menu

Ads

Paparan

Random Posts

Powered by Blogger.

Design

Technology

Circle Gallery

Shooting

Racing

News

Bottom

TERUS IKUTI KAMI DENGAN ALAMAT BARU KAMI. SILA LAYARI www.ppik.my untuk mendapat maklumat terkini Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
- -


Alhamdulillah pada tanggal 9 hingga 11 Febuari 2012, Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) telah dengan jayanya menganjurkan MENARA 12 di Komplek Masjid Al-Hikmah, Tanjung Mas, Pengkalan Chepa.

Program ini disertai oleh seramai 69 orang peserta dari sekolah-sekolah di sekitar Kelantan. Mereka adalah pelajar terpilih dari sekolah mereka untuk menyertai program ini.

Program kali ini yang bertema "Melestarikan Generasi Dinamik Berteraskan Islam" menjadikan Sultan Muhammad Al Fateh sebagai teladan bagi setiap peserta bagi mencapai objektif program. Hal ini kerana Ketua Jurulatih Menara 12, Mohd Faizul Afzan bin Mamat yang juga ketua Grup Al Fatih dibawah Grup Pemuda Tamadun Dunia. Pengetahuan luas beliau mengenai sejarah Al Fateh mampu mendekatkan para peserta dengan kehebatan Al-Fatih sebagai qudwatul hasanah.

Program MENARA atau juga dikenali sebagai PMG adalah anjuran bersama PPIK, Angkatan Belia Islam Malaysia Kelantan (ABIM Kelantan) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).Untuk pengetahuan semua Perkampungan Menara Gading Peringkat Kebangsaan (PMGK) akan dianjurkan oleh PKPIM sekitar bulan April dan Mei ini. PMGK ini akan mengumpulkan peserta-peserta PMG peringkat negeri.




- -

Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) merujuk kepada  hasrat kerajaan Negeri Kelantan yang ingin melaksanakan sistem berteraskan Hudud di Kelantan adalah suatu langkah yang baik dan pihak kami mewakili suara pelajar-Mahasiswa Islam di Kelantan menyambut baik hasrat tersebut.

Perlaksanaan Hudud merupakan satu tuntutan syariat dan aqidah bagi umat Islam. Perintah perlaksanaan Hudud adalah bersifat qati’e atau mutlak iaitu kewajipan yang mesti dilaksanakan  yang harus diterima oleh umat Islam negeri ini.

Pihak kami yakin Hudud boleh di laksanakan di Kelantan atas sebab majoriti masyarakat di negeri ini adalah beragama Islam dan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukuman Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993 hanya tinggal untuk digerakkan sahaja dengan kelulusan kerajaan pusat.

Namun demikian pendidikan serta penerangan mengenai Hudud harus dibuat secara konsisten kepada masyarakat terutama kepada yang bukan Islam, agar masyarakat dapat menerima perlaksanaan ini dengan berteraskan ilmiyyah, bukan sekadar sokongan politik semata-mata.

PPIK mengecam tindakan pihak yang mempolitikkan isu Hudud ini demi kepentingan politik mereka dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menggambarkan hukuman ini zalim dan tidak adil yang turut dimomokkan kepada orang bukan Islam. Sedangkan perlaksanaan Hudud ini hanya melibatkan orang Islam dan yang bukan Islam boleh diberikan alternatif lain, sebagaimana kisah pasangan orang Yahudi yang telah berzina dihadapkan kepada Rasulullah SAW dan baginda merujuk kepada kitab mereka iaitu Taurat dan didapati dalam kitab itu juga menyatakan hukuman bagi penzina adalah rejam. Ini adalah kenyataan atau gambaran perlaksaan Hudud kepada bukan Islam dan pihak kami amat kesal dengan orang Islam yang lebih mementingkan kedudukan politiknya dengan memburuk-burukan agamanya sendiri.

Pihak kami juga yakin bahawa perlaksanaan Hudud ini menjadi satu pendekatan baru dalam menangani kes-kes dan gejala sosial yang berlaku di Kelantan. Ini boleh dijadikan kajian (Eksperimen) bagi membuktikan sejauh mana kesan perlaksanaan hukuman ini yang akan dirujuk oleh negeri-negeri lain dan seterusnya ke peringkat negara.

Akhir sekali pihak kami menegaskan bahawa Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan keIslaman dan pendidikan serta mewakili suara pelajar-Mahasiswa di Kelantan yang  tidak mempunyai pertalian dengan mana-mana parti Politik, mendesak agar pihak kerajaan pusat  yang diterajui YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Bin Tun Razak agama membenarkan Hudud ini di laksanakan di Negeri Kelantan.

Kota Bharu, 11 Oktober 2011/12 Zulkaedah 1432H.

Sekian,
“HIDUP BIAR BERJASA”

MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Timbalan Yang Dipertua
Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
syah5487@gmail.com
http://badrulhaq.blogspot.com

PUSAT KEGIATAN PELAJAR,
Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
2864-A,Tkt3, Wisma Al-Hikmah, Tanjong Mas,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

Tel: 609-771 4373 / 4371
Fax: 609-771 4372

Emel : ppik.kelantan@gmail.com
Laman sosial: www.facebook.com/pelajarkelantan
Laman Web : www.ppik-kelantan.blogspot.com
- -
Konvoi Raya Aidilfitri PPIK telah di adakan pada 2 September iaitu pada hari raya ke 4 yang disertai seramai 27orang termasuk 13 pimpinan. Konvoi ini akan bergerak ke 3buah rumah iaitu Ustaz Faisal (YDP ABIM Kelantan), Encik Wan Azman (Pengerusi WADAH Kelantan) & Cikgu Kamaruzzaman Kutty (Mantan YDP PPIK lepas).

Tujuan program sebegini diadakan bagi menekankan konsep keilmuan & ukhuwwan iaitu rumah-rumah yang diziarahi ini adalah dari kalangan orang lama yang banyak pengalaman dalam kepimpinan yang boleh dikongsikan kepada generasi muda.

Para peserta berkumpul di perkarangan masjid Telipot,Kota Bharu dan dimulakan dengan rumah YDP ABIM Kelantan yang berhampiran dengan masjid tersebut. Kemudiannya peserta bergerak secara konvoi ke rumah kedua iaitu rumag Pengerusi WADAH Kelantan di Baung Bayam dan terkahir ke rumah mantan YDP PPIK lepas yang berhampiran dengan sekretariat ABIM-PPIK.


Dirumah YDP ABIM Kelantan


Dirumah Pengerusi WADAH Kelantan




Dirumah Mantan YDP PPIK


- -


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbrkth,


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,

Alhamdulillah, Segala puji dan syukur kepada Allah, Tuhan sekalian alam di atas segala nikmat dan rahmat yang telah dianugerahkan kepada kita selaku para hambaNya. Tasbih, tahmid dan istighfar kita ucapkan bagi menyucikan segala dosa,noda dan kekurangan diri kita yang tidak pernah lekang dari kecuaian.
Selawat dan salam kita lafazkan khusus untuk junjungan besar kita, Nabi Muhammad sallallhu alaihi wasallam, Nabiyyul Rahmah, petunjuk kepada mereka yang rindukan hidayah, inginkansalamah,juga berkat di dunia dan akhirat, keluarga baginda al-itrul Mutohharah dan kepada para sahabat baginda keseluruhannya serta mereka yang mengikuti susur jalur perjuangan baginda yang penuh bersejarah tanpa penat dan lelah sehingga tibanya al-Qiyamah.

Alhamdulillah, sekali lagi kita semua diberi kesempatan untuk beribadat dibulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan sehingga ke penghujungnya dan Alhamdulillah, dapat kita menyambut Syawal sebagai tanda kejayaan kita setelah sebulan kita ditarbiyyah di madrasah Ramadhan.


Mewakili Saff kepimpinan Persatuan Pelajar Islam Kelantan, Kami mengucapkan Salam Aidilfitri, Salam Lebaran dan Salam perjuangan, maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam tidak kira dimana sahaja. Semoga kehadiran Syawal kali ini membawa sejuta makna kepada kita semua. Dikesempatan ini juga PPIK mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua diatas sumbangan dan kerjasama yang dihulurkan kepada PPIK dalam menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan.


Nur Ramadhan yang membawa sejuta makna dan sejuta barakah akan melabuhkan tirainya dengan penuh kesayuan dan kesedihan kerana kita belum tentu dapat bertemu dengan Nur Ramadhan pada tahun mendatang. Semoga kita semua dapat lagi bertemu dengan Ramadhan mendatang. Namun, perginya Ramadhan di ganti dan disusuli dengan keindahan Syawal sebagai tanda kemenangan kepada kita semua setelah kita di tarbiyyah selama sebulan di yang penuh kemuliaan.


Kehadiran Syawal ini sama-samalah kita hayati, kita fahami. Kita selami disebalik maknanya yang penuh indah. Janganlah dengan kehadiran Syawal ini menjadi medan kurang baik, tetapi jadilah ia sebagai medan terbaik untuk kita setelah kita ditarbiyyah di madrasah Ramadhan yang penuh barakah. Semoga segala gerak kerja kita akan menjadi lebih mantap lagi dan lebih baik dari sebelum ini.


Akhir sekali, semoga kita semua terus istiqamah dalam perjuangan dan gerakan dakwah. Setiap teguran dan bantuan dari semua pihak amatlah diharapkan. Semoga usaha kita yang tidak seberapa ini diberkati dan mendapat keredhaanNya. Bersamalah kita meningkatkan usaha kita kearah menjadikan kita generasi yang mampu membangunkan masyarakat kearah yang lebih baik.


Allahu Akbar..Allahu Akbar.. Allahu Akbar.


Hidup Biar berjasa.


Sekian terima Kasih


Abdullah b. Muhamad Nawi
YangDiPertua
Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
- - - -

Pada 11-13 Ogos 2011 bersamaan 11-13 Ramadhan 1432H, Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) telah membuat ziarah ke Selatan Thailand yang dikenali sebagai program Ziarah Saudara Ramadhan (ZiSRa) yang melibatkan wilayah Tak Bai dan Yala. Rombongan seramai empat orang yang diketuai Saudara Mohd Syahiran iaitu Timbalan Yang Dipertua. Tujuan ziarah ini buat untuk merasai sendiri suasana Ramadhan di Negara bergolak itu dan melawat keluarga-keluarga dimana ibu bapanya telah mati dibunuh tentera Siam.

Rombongan ini bertolak pada jam 8pagi waktu Malaysia dan disambut oleh Ust Nawawi, Pengerusi Badan Kebajikan Anak-anak Yatim, Tabal-Takbai (AYATA) di jeti Tabal setelah mengambil masa 45minit perjalanan dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubor.

Kemudian rombongan berehat seketika di asrama AYATA & selepas asar bertolak ke Majlis memperingati tragedi Tabal pada tahun 2004 iaitu terjadinya peristiwa pembunuhan beramai-ramai oleh kerajaan Siam. Majlis ini dibuat disebuah tadika milik pribadi dan dianjurkan oleh Kak Nab (Puan Zainab) yang merupakan seorang wanita yang gigih membela nasib orang kampungnya. Turut bersama dalam majlis ini beberapa orang aktivis berketurunan Siam bukan Islam dan En. Wan Abdul Rahman, Wakil Global Peace Mission (GPM).

Selepas berbuka puasa, rombongan telah meneruskan perjalanan ke Yala dengan menumpang kereta En. Dahlan yang merupakan cucu kepada Ust. Dahlan pengasas gerakan Muhammadiyah di Indonesia. Beliau membesar di Bangkok dan menetap di Songkla serta aktif dengan Youth Muslim Assosiation Thailand (YMAT).Oleh sebab itu juga beliau tidak boleh berbahasa Melayu dan hanya dapat bertutur dengan menggunakan bahasa inggeris.

Rombongan PPIK selamat tiba di Bandar Yala dan disambut oleh En. Ismae Sale atau mesra di panggil Abg Mail yang merupakan pengerusi Yayasan Pendidikan & Pembangunan Sumber Manusia (FEHRD) dan beliau membawa menginap di pusat Tabligh di Wilayah Yala.

Pada keesokan harinya, selepas bersahur & solat Subuh di pusat Tabligh tersebut, rombongan di bawa ke sebuah sekolah Agama Santitham untuk program “English Camp” yangmana peserta-pesertanya terdiri daripada pelajar sekolah menengah tingkatan 3 hingga 5 sehingga petang dan kemudian rombongan dipelawa untuk berbuka dengan masyarakat setempat di kampung “Berserat”.

Selepas berbuka & solat Maghrib, rombongan dibahagikan kepada dua iaitu dua orang akan menginap di rumah kakitangan FEHRD dan dua orang lagi termasuk ketua rombongan akan bermalam di rumah Abg Mail.

Pada esokkan hanya yang merupakan hari terakhir di Selatan Thailand, rombongan dibawa perkuburan Sultan Melayu terkahir Pattani iaitu Sultan Sulaiman dan kemudiannya ke rumah cucu atau waris terakhir kesultanan tersebut yang mesra dipanggil Pok Ku.

Di rumah Pok Ku, beliau telah menceritakan asal usul kesultanan Malayu Pattani dan saat berakhirnya kesultanan tersebut sehingga akhirnya kerajaan Siam dapat menawan seluruh tanah Pattani dibahagian Selatan Thailand ini.

Sehingga tengah hari rombongan di rumah Pok Ku & kemudian Abg Mail membawa rombongan ke stesyen van penumpang di Bandar Yala. Perjalanan dari Yala ke Tabal memakan masa selama dua jam dan selamat sampai di jeti sempadan sewaktu masuknya asar .

Di Tabal-AYATA:






Di Majlis Memperingati Peristiwa Tragedi Takbai :








Bersama En.Dahlan



English Camp :










Pusat Tabligh Wilayah Yala :





Ziarah Pok Ku :









- -