Select Menu

Ads

Paparan

Random Posts

Powered by Blogger.

Design

Technology

Circle Gallery

Shooting

Racing

News

Bottom

» » » » USRAH WIDA’ PPIK UIAM

Pada 21 Mac yang lepas,PPIK kampus UIAM telah mengadakan Usrah Wida’ ataupun usrah penutup bagi sem 2 2010/2011. Antara objektif utama Usrah Wida’ pada kali ini adalah bagi menghimpunkan kembali ahli-ahli PPIK di samping meraikan dua exco PPIK UIAM yang akan tamat pengajian di UIAM Gombak iaitu Siti Khadijah bt Ismail (Kak Kathy) serta Nor Sahirah (Kak Ira). Usrah tersebut juga dimeriahkan dengan kehadiran mantan YDP PPIK UIAM iaitu Abg Aisy dan isteri, senior PPIK iaitu Abg Hanif Samsudin, wakil daripada pimpinan PPIK Pusat iaitu saudara Faizal dan Zulamin, ahli PPIK daripada kampus lain iaitu Saiful Ridzuan(KLMU) dan Izzudin(UITM Shah Alam).

Pelbagai aktiviti dijalankan sempena usrah tersebut seperti bbq, perkongsian daripada Abg Aisy, tazkirah, solat maghrib dan isya’ berjemaah, solat hajat sempena peperiksaan akhir semester , slot muhasabah serta tidak dilupakan ‘sharing moment’ dan amanat oleh Kak Khaty dan Kak Ira.


Antara muslimat yang hadir ke Usrah Wida’ PPIK UIAM.

Abg Aisy(berbaju biru),mantan YDP PPIK UIAM yang banyak menyokong PPIK UIAM selama ini.

Jawatankuasa katering sedang bertungkus-lumus menyediakan makanan.


Makanan yang disediakan. Terima kasih diucapkan kepada Afif,Sakinah & Kak Arina yang menyiapkan bbq dengan jayanya.


Ketika sesi muhasabah dijalankan.


Kak Ira(dua dari kiri) & Kak Kathy(tiga dari kanan) berasa sebak ketika menyampaikan amanat masing-masing.


Diharapkan agar selepas ini PPIK UIAM dapat meneruskan perjuangan dan terus komited dalam melaksanakan visi dan misi yang telah dirangka dan dipersetujui sebelum ini. Tidak dilupakan sekalung penghargaan kepada Kak Kathy & Kak Ira yang banyak berjasa kepada PPIK UIAM.Akhir kalam,selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kepada semua ahli PPIK UIAM. Semoga kita semua mendapat kejayaan yang diimpikan dan semoga Allah memberkati usaha kita semua selama ini.

Ahmad Rusydin Abdullah
YDP PPIK UIAM merangkap
Exco Iqtisad PPIK Pusat

About Mohd Syahiran Muhammad

WePress Theme is officially developed by Templatezy Team. We published High quality Blogger Templates with Awesome Design for blogspot lovers.The very first Blogger Templates Company where you will find Responsive Design Templates.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post