Select Menu

Ads

Paparan

Random Posts

Powered by Blogger.

Design

Technology

Circle Gallery

Shooting

Racing

News

Bottom

» » » » Terbaik SPM 2010 : PPIK mengucapkan Tahniah kepada Pelajar kelantan


Alhamdulilllah, daripada keputusan SPM yang telah keluar kelmarin,Kelantan mendapat tempat yang terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di peringkat kebangsaan dengan mencatatkan peningkatan Gred Purata Negeri (GPN) iaitu 5.15 mengatasi Gred Purata Nasional iaitu 5.19 dan pencapaian yang terbaik untuk tempoh tujuh tahun.


Enam pelajar terbaik daripada Sekolah Kawalan Jabatan Pelajaran Negeri, Sekolah Kawalan Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah harian biasa muncul pelajar terbaik Kelantan apabila mencatat keputusan cemerlang tertinggi iaitu memperoleh semua A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Manakala sekolah dibawah Kerajaan Negeri yang dikendalikan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang terdiri daripada Sekolah Menengah Agama (Arab) (Bantuan kerajaan) dan Maahad(Penuh kerajaan) pencapaian meningkat pada tahun 2010 berbanding iaitu 96.37% berbanding pada tahun 2009 iaitu 95.91.


Pihak Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) mengucapkan tahniah kepada pelajar calon SPM pada tahun 2010 diatas berkat usaha anda semua yang ikhlas, Allah SWT memberi keizinan untuk mencapai kecemerlangan dan terbaik pada tahun ini terutama adik Mohd Izzat Syameer Mohd Zaid(11A+) dari Sekolah Menengah Agama Lati, Pasir Mas dan juga adik Nik Aisyah Najwa dari Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu 11A(10+) dan juga calon-calon cemerlang yang lain.


Usaha untuk mencapai kejayaan ini bukan lah yang terakhir dan ia bukan lah satu-satunya usaha untuk mendapat kejayaan. Usaha untuk menjadi Manusia yang cemerlang itu adalah yang paling dituntut terutama untuk menjadi seorang penganut Agama Islam.


Mohd Syahiran Bin Muhammad
Timb.YDP PPIK 2010/2011

About Mohd Syahiran Muhammad

WePress Theme is officially developed by Templatezy Team. We published High quality Blogger Templates with Awesome Design for blogspot lovers.The very first Blogger Templates Company where you will find Responsive Design Templates.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post