Select Menu

Ads

Paparan

Random Posts

Powered by Blogger.

Design

Technology

Circle Gallery

Shooting

Racing

News

Bottom

» »Unlabelled » MODUS OPERANDI

PPIK berperanan sebagai elemen penyatu kepada hal ehwal kebajikan dan pergerakan pelajar Islam di peringkat kebangsaan. Fokus pergerakan PPIK adalah kepada pelajar-pelajar Islam untuk memperkukuhkan fahaman agama. Keahlian PPIK terbuka kepada semua pelajar anak Kelantan mahupun yang menetap di Kelantan daripada peringkat menengah hingga ke atas. Jaringan keahlian PPIK meliputi pelbagai institusi pengajian tinggi dan sekolah di seluruh Malaysia.

Fokus dan Skop Aktiviti PPIK

Pendekatan PPIK dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan adalah berorientasikan dakwah dan tarbiah. Setiap program dan aktiviti yang dilakukan adalah mempunyai matlamat khusus dengan pengkajian serta perancangan yang teliti dari segi perlaksanaan dan program susulan. PPIK memberikan penekanan kepada dua skop aktiviti utama sepertimana berikut :

  • Aktiviti Dalaman

Asas Latihan dan Kemahiran
Penumpuan diberikan terhadap perkara-perkara asas yang perlu wujud dalam diri seseorang pelajar Muslim melalui siri-siri latihan kepimpinan, motivasi kendiri dan program-program pembangunan yang disusun secara berkala dari masa ke semasa. Bimbingan diberikan dengan asas-asas kerohanian dan cara hidup Islam yang syumul dalam menghadapi zaman kontemporari yang serba mencabar.

Pengembangan dan Pemantapan
Kemahiran asas yang diperolehi diperkembangkan melalui program dan bengkel-bengkel kemahiran sepertimana kursus dan bengkel yang telah dijalankan. Antaranya ialah Kursus Asas Fasilitator (4 fasa perlaksanaan), Bengkel Pengurusan Strategik dan Organisasi, Siri Latihan Kepimpinan Mahasiswa IPT (pemimpin mahasiswa) dan Bengkel Latihan Khidmat Masyarakat.

  • Aktiviti Luaran

Komuniti dan Pembangunan Masyarakat
Generasi muda merupakan elemen penting dalam mencorak pembangunan masyarakat. PPIK menyumbang pelbagai bentuk program dan aktiviti yang bersifat penyertaan pelajar secara terus bersama masyarakat umum dari pelbagai peringkat tanpa mengira umur, pangkat dan kawasan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Program Mahasiswa Bersama Masyarakat (MBM) yang mana di dalam projek ini mahasiswa turun kepada masyarakat desa dan pedalaman. Kedua ialah Program Penyelidikan Komuniti. Antara yang telah dijalankan ialah Projek Permasalahan Masyarakat Felda dan terakhir ialah projek Gerakan Mahasiswa Prihatin (GEMPA). Penumpuan program ini adalah untuk mengadakan kempen-kempen kesedaran gaya hidup murni di pelbagai tempat awam.

Pembangunan Generasi Muda

Pembangunan generasi muda perlu dibina sejak dari awal lagi. Justeru itu, PPIK melihat aktiviti yang bersifat latihan dan motivasi dianjurkan untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada golongan pelajar sejak dari alam persekolahan. Antara program yang telah dijalankan ialah KOnvensyen Pelajar Islam Kelantan (KPIK) yang memfokuskan pembinaan kepada pelapis kepimpinan diperingkat menengah. Program Perkampungan Menara Gading (MENARA). Program ini dikhususkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM). Seterusnya Perkhemahan Motivasi dan Kepimpinan Sekolah (MEKAR) yang dikhususkan kepada pelajar sekolah menengah dan rendah. Projek Sekolah Angkat turut dilakukan oleh PPIK dalam membantu negara membangunkan generasi muda. Tidak ketinggalan juga Program Kepimpinan Rakan Muda (KARISMA) yang memberi tumpuan kepada remaja bermasalah.

Keintelektualan dan Pemikiran

PPIK juga turut mengadakan program-program yang berfungsi sebagai pencetus wahana perbincangan sihat mengenai isu-isu semasa terutama dalam menangani kemelut dunia pelajar khususnya dan manfaat masyarakat umumya. Antara program-program yang dianjurkan oleh PPIK ialah Konvensyen Pendidikan Nasional, Kongress Mahasiswi Islam Kelantan, Muzakarah Kepimpinan , Wacana Ilmiah Bulanan dan Majlis Diskusi Ilmu. Aspek keilmuan dan keintelektualan merupakan pendekatan dan orientasi PPIK yang utama di kalangan pelajar dan masyarakat umumnya.

Penulisan, Penerbitan dan Teknologi Maklumat

PPIK dari masa ke semasa menyumbang pelbagai bentuk genre penulisan terutamanya rencana dan penulisan ilmiah melalui saluran media massa. Penulisan ini berkaitan dengan isu-isu pendidikan, perkembangan mahasiswa dan kemasyarakatan. Dalam bentuk sebegini jugalah PPIK dapat menyalurkan maklumat kepada para pelajar dan masyarakat. Antara bahan penerbitan PPIK ialah Siri Berkala "Suara Muda Kelantan", Siri Motivasi Pelajar Muslim Cemerlang (SMART) dan Monograf Berkala Koleksi Kertas Kerja PPIK.

Penumpuan terhadap teknologi maklumat turut digunakan sebagai medium pengantaraan kepada pelajar dan masyarakat. PPIK turut mempunyai laman weblog tersendiri yang memuatkan maklumat semasa pelajar, aktiviti persatuan dan rencana ilmiah. Laman weblog ini boleh diterokai melalui www.ppik-kelantan.blogspot.com

About Sekretariat PPIK Kelantan

WePress Theme is officially developed by Templatezy Team. We published High quality Blogger Templates with Awesome Design for blogspot lovers.The very first Blogger Templates Company where you will find Responsive Design Templates.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post