Select Menu

Ads

Paparan

Random Posts

Powered by Blogger.

Design

Technology

Circle Gallery

Shooting

Racing

News

Bottom

» » Mengapa berkahwin?

Bismillah.. Ya Allah, andainya kecintaan pada dunia menjarakkan aku dari-Mu, maka jauhkanlah dunia dari aku.. Sesungguhnya, aku mahu selalu dekat dengan-Mu Ya Allah..


Pada jumaat yang lalu, saya ada mengikuti usrah WAFA atau HEWI bersama kak Wani atau nama rasminya, Dr. Irwani. Sebenarnya, usrah ini diadakan setiap minggu pada hari Jumaat. Jadi, sesiapa yang berminat, silalah hadirkan diri ke kelas Econs LR4.4 pada pukul 12.00pm-2.00pm. Setiap hari Jumaat. Dan usrah ini adalah khusus untuk wanita sahaja..(Chewah, promote plak)

Pengisian untuk usrah pada kali ini kami kupas surah al-mukminun ayat 12-16. Kalau nak kupas tafsir al-Azhar yang kami bincangkan pada hari tersebut nescaya entri kali ini akan menjadi tersangatlah panjang.. Jadi, untuk perkongsian yang ringkas, ingin saya tayangkan sedikit isi usrah kami yang lepas.

Mengapa kita berkahwin?
Perkongsian tentang kahwin ini, mungkin kita dah terbiasa mendengarnya saban hari. Kalau jawapan biasa, tentulah untuk mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, memelihara zuriat, meramaikan umat manusia dan macam-macam lagilah. Yang menarik yang saya dapat adalah, kerana anak yang bakal seorang wanita kandungkan itulah anatara penyebab kita berkahwin atau dalam ertikata lain bertemu jodoh dengan pasangan maisng-masing. Ini kerana, Allah s.w.t telah lama dahulu mecipta roh bukan? Dan roh-roh manusia yang masih tidak dilahirkan meronta-ronta untuk dilahirkan ke dunia sebagai seorang manusia. Roh-roh inilah yang berjanji untuk taat dan patuh pada perintah Allah satu ketika dahulu.. Senang cerita, lepas ni kalau kita dah bertemu jodoh, kena ingatlah salah satu sebab kita jumpa pasangan itu kerana adanya roh yang ingin melalui sebahagian susur galur zuriat kita. Sebab itulah, 'nur' Rasulullah s.a.w terjaga kerana kuatnya aura kenabiannya semenjak nabi Adam a.s diciptakan lagi untuk melalui keturunan zuriat yang mulia dan terpuji.
Menarik bukan?

Apa hak kita?
Jadi, apa hak kita untuk mencabut nyawa seorang ummat manusia yang telah begitu lama menunggu saat kelahirannya nanti untuk dilahirkan dan beribadat kepada Allah semata-mata? Apa hak kita untuk melahirkan roh-roh kudus itu dengan cara terkutuk dan hina lebih daripada seekor binatang? Apa hak kita untuk memalukan roh itu andai apabila dia dilahirkan dan menjadi dewasa, dia dijadikan kutukan anak tak berketurunan suci tanpa bapa?

Mahu menyumbang apa kita?
Adakah kita generasi hari ini mahu melihat generasi-generasi yang akan datang adalah generasi anak-anak penzina yang kitarannya bermula dari seorang ibu atau bapa penzina dan akhirnya melahirkan anak-anak yang cintakan zina? Seterusnya terlahirlah generasi-generasi zina yang telah rosak keturunan dan tidak diketahui asal usulnya? Tergamakkah kita? Bersamalah mencegah pergaulan bebas antara anak muda dengan memberikan nasihat dan tunjuk ajar yang baik. Agar kapal yang kita sama-sama layari ini tidak bocor kerana perbuatan khianat anak bangsa kita sendiri.
Allahua'lam:)

p/s: 'kultum' ke 'kulpu' ni?

About Sekretariat PPIK Kelantan

WePress Theme is officially developed by Templatezy Team. We published High quality Blogger Templates with Awesome Design for blogspot lovers.The very first Blogger Templates Company where you will find Responsive Design Templates.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post